SELAMAT DATANG KE BLOG GOCELL INTERNATIONAL UNTUK MENYERTAI KAMI MENJANA PENDAPATAN DENGAN GOCELL INTERNATIONAL SILA HUBUNGI 0108449544 ATAU 0108789333

TIP KESIHATAN

Tip untuk Kekal muda dan Sihat

Selalu Bersenam

Apabila usia meningkat,ia boleh mengurangkan keupayaan aerobik anda yang asal.Jika anda boleh melakukan aktiviti senaman yang sederhana selama 30 minit,tiga hingga empat kali seminggu,anda mampu mengekalkan keupayaan anda yang asal.
Aktiviti tersebut tidak perlulah yang lasak,cukup sekadar melakukan pergerakan yang mampu menguatkan fungsi jantung anda.










Dapatkan tidur yang mencukupi

Apabila dalam keadaan rehat,badan anda akan menggunakan nutrien yang anda telah ambil untuk memulihkan mana-mana kerosakan yang berlaku daripada aktiviti anda
Apabila anda tiada tidur yang mencukupi,ia akan menghalang sistem imun ini daripada menjalankan tugasnya dan mungkin akan menyebabkan badan anda tidak dapat dipulihkan sepenuhnya.




Makan makanan yang mengandungi anti-oksida

setiap hari anda perlu makan lima hingga sembilan hidangan makanan seperti brokoli,lada merah,bunga kobis dan lain-lain sayuran yang berwarna kuning,merah dan hijau yang tinggi kandungan vitamin A,C dan E.Sayur-sayuran yang berwarna warni ini membantu melawan pengoksidaan yang mampu merosakkan tisu badan anda.





Dapatkan saringan kesihatan berkala

Pastikan anda mendapat imunisasi terkini dan menjalankan pemeriksaan kesihatan dengan tetap seperti yang disarankan menurut usia anda.Jika anda adalah seorang wanita,ujian saringan bagi tujuan pencegahan juga perlu dilakukan seperti mammogram.Berjumpalah dengan doktor anda sekiranya mempunyai masalah kesihatan yang lain









Kekalkan tahap kolesterol yang sihat

Anda perlu menurunkan tahap kolesterol anda di bawah 200 dengan membuat perubahan sihat ke atas diet anda untuk kekal muda.Ikut diet yang menghadkan pengambilan berat badan anda.Anda juga perlu mengekalkan berat badan yang ideal untuk usia anda tampil muda.

Makan lebih serat

Makanan yang kaya dengan serat adalah penting untuk anda kekal muda dan sihat.Kacang,brokoli dan bran membantu merendahkan tahap kolesterol,membantu melegakan sembelit dan juga melindungi anda daripada sesetengah jenis kanser.








Kawal tekanan perasaan

kebanyakan penyakit adalah berkaitan dengan tekanan serta masalah degeneratif yang berkaitan dengan penuaan,Terimalah keadaan yang tidak boleh diubah lakukan sesuatu terhadap sesuatu yang boleh diubah.









TIPS MENJAGA BERAT BADAN

Mengekalkan berat badan yang ideal dalam jangka masa panjang


Ada tanggapan bahawa tidak ramai orang berjaya memerihara berat badan yang ideal dalam jangka masa panjang.Namun begitu,Kajian telah menunjukkan bahawa lebih kurang 20% daripada individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan berjaya mengekalkan berat badan yang ideal untuk jangka masa panjang (ditakrifkan kehilangan sekurang-kurangnya selama setahun ) Mereka yang berjaya mengekalkan berat badan yang ideal adalah mereka yang didapati mengamalkan perkara-perkara berikut:

Melakukan aktiviti fizikal pada tahap tinggi ( 30-60 min/sehari )



Mengawal diet dengan memakan makanan yang rendah kalori,rendah lemak,kerap bersarapan dengan makanan yang sihat,sentiasa memeriksa berat badan,mengamalkan corak pemakanan yang konsisten setiap hari sama ada pada hari biasa atau hujung minggu,tetap fokus dan berdisiplin.

Sentiasa bermotivasi,menghargai diri sendiri dan bersikap positif
Memerihara berat badan yang ideal boleh dilakukan dengan mudah dalam jangka masa panjang.Sekiranya anda berjaya mengekalkan berat badan untuk tempoh 2-5 tahun,peluang untuk anda memerihara berat anda untuk tempoh yang lebih lama adalah tinggi.

kesihatan